Counters
(Blog ini telah dilihat )



<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

ooOOoo KEMBALI ooOOoo
(Untuk kembali kelaman utama sila click)

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Sep 26, 2008
Cara mengikat mata kail

Cara-cara mengikat matakail amat penting bagi seorang pemancing .Pengetauhuan ini perlu untuk memastikan betapa kukuhnya ikatan tersebut supaya pemancing tidak berputih mata di bawah jerung sediakan sedikitbteknik ikatan matakail.
















Posted at 03:28 pm by pemancinggegar
Comments (10)  

Sep 11, 2008
Teknik rembat hasil dan peralatannya

Baru-baru saudara Pakcik Leman datang kerumah Jerung berbual tentang teknik rembat yang di amalkan oleh pemancing perak.Kampung halaman mentua saudara Pakcik Leman berdekatan dengan sungai Perak yang kaya dengan pelbagai species ikan air tawar,Beliau turut menunjukan gambar hasil dan peralatan yang digunakan untuk tujuan teknik rembat.

Teknik rembat ini selalu digunakan dan Jerung sudah banyak kali mendengar perbualan tentang teknik rembat ,semasa balik kampung di pahang biras jerung ada menceritakan teknik rembat yang digunakan untuk menangkap ikan talapia di lombong-lombong dan kolam yang di huni species ini.Dari pengamatan Jerung teknik rembat amat praktikal untuk lubuk yang mempunyai banyak kumpulan ikan seperti talapia yang berkumpulan.

Cara mengunakan nya ialah seperti teknik casting ,apabila kail yang di lemparkan jatuh pada spot tertentu pemancing akan menyentak joran sambil mengayuh kekili tersebut dan bagaimana ikan terjerat terletak pada kail yang tajam akan mengena pada bahagian-bahagian tertentu badan ikan tersebut dan seterus nya aksi perlawanan akan bermula.Pengunaan teknik ini memerlukan pengamatan kawasan yang banyak ikan serta perlu rajin membuat balingan .

Joran yang digunakan mengikut kesesuaian kalau nak menjerat talapia joran aksi ringan boleh digunakan dan untuk species seperti tongsan joran aksi sederhana .Dibawah jerung sertakan gambar joran dan kail yang diperlukan.kail yang di gunakan adalah dari jenis bermata tiga dan  bersaiz besar yang telah di asah untuk ketajaman dan di selitkan ladung di bahagian bawah kail.


Joran yang digunakan


kail yang digunakan

Hasil yang di perolehi amat memberangsangkan .Pancingan di sungai Perak ini pemancing memperolehi ikan tongsan lapan kilo dengan mengunakan teknik rembat.


Tongsan sungai perak


Besarkan?


Memberikan perlawanan yang menarik

Untuk para pemancing yang lain yang ingin berkongsi hasil tangkapan dengan mengunakan teknik rembat atau teknik yang lain bolehlah emailkan pada Jerung gambar ataupun  journal kepada jerung_sekular@yahoo.com atau wanmahathir@rocketmail.com sekian terima kasih semoga pengalaman dan ilmu pancingan dapat kita berkongsi bersama .wasalam.



Posted at 09:09 pm by pemancinggegar
Comment (1)  

Aug 8, 2008
Siri Casting Gewang teknik dan peralatan

Casting mengunakan gewang amat popular bagi para pemancing namum jika persediaan yang kurang dari segi teknik dan peralatan peratusan mangsa menghentam gewang amatlah tipis.Si pemancing juga perlu rajin mencari spot yang menarik untuk menduga .Pelbagai produk gewang boleh didapati di kedai-kedai pancing tak lupa pula pada perkakasan seperti kekili dan joran yang sesuai.Jenama gewang seperti Rapala abu garcia halco ,yozuri,River 2 sea dan Strike Pro memang tidak asing lagi bagi kaki casting.

Jerung akan menerangkan serba sedikit mengenai gewang serta aksi renangnya.Sebelum itu jerung akan menerangkan joran yang sesuai serta kekili yang sesuai.Joran casting yang sesuai mengikut kesesuaian species serta lokasi seperti joran aksi ringan berkekuatan 10-20 lbs sesuai untuk kegunaan gewang mikro,gambar di bawah menunjuk kan bentu gewang mikro serta pembuatnya.




 

Posted at 06:23 am by pemancinggegar
Make a comment